Cool Ghost Museum Penang


Gambaran keseluruhan

Melangkah masuk ke dunia seram Ghost Museum Penang, sebuah muzium unik yang terletak di tengah-tengah George Town, Pulau Pinang. Sesuai untuk peminat kisah seram, mitos, dan paranormal.

Muzium Hantu Penang mempamerkan koleksi patung hantu bersaiz sebenar dan ekshibisi bertema seram, termasuk hantu tempatan seperti Pontianak, Toyol, Orang Minyak, Hantu Pisang, Pocong serta figura antarabangsa seperti Dracula dan zombi juga membuat kemunculan di sini. Anda akan menjelajahi zon bertema yang bukan sahaja mengambil inspirasi dari kisah tempatan tetapi juga lagenda hantu dari negara seperti China, Jepun, dan Mesir.

Suasana muzium ini menyeramkan tetapi kreatif, dilengkapi dengan seni 3D, ilusi cermin, dan pameran interaktif yang membolehkan anda berpose untuk foto hantu atau menerokai kisah di sebalik setiap makhluk. Anda juga boleh memakai kostum dan menjadi sebahagian daripada pameran untuk sesi bergambar yang sangat menyeronokkan. Sama ada anda melarikan diri daripada zombi di tingkat atas atau mengagumi ruang makan berhantu dengan potret hidup, setiap bilik menjanjikan pengalaman seram yang berbeza.

Salah satu keistimewaan di muzium hantu ini ialah ia menggabungkan keseronokan dengan elemen seram serta pendidikan budaya hantu temapatan. Pengunjung boleh mempelajari mitologi dan latar belakang setiap hantu, dihidupkan oleh kreativiti dan kemahiran pasukan dalaman.

Kesan kabus, bunyi latar, dan pencahayaan direka dengan teliti untuk meningkatkan pengalaman semasa di dalam muzium hantu tanpa elemen yang tidak terlalu menakutkan, walau bagaimanupun pengawasan ibu bapa disyorkan untuk kanak-kanak kecil terutamanya di kawasan seperti Zombie Room.

Sama ada anda seorang penggemar kisah seram, sekadar melacong ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, Ghost Museum Penang menjanjikan pengalaman seram dan kreatif untuk semua pengunjung tidak kira peringkat umur. Tempah tiket Ghost Museum Penang anda hari ini!


Muzium Hantu Penang Pakej Tersedia

Basic Entrance Fee (Malaysian)

Lihat Butiran
RM 28.00

Basic Entrance Fee (International)

Lihat Butiran
RM 36.00

Tarikan

Null

Maklumat Tambahan

Null

Tarikan Lain Yang Anda Mungkin Suka