ESCAPE Penang Theme Park


Gambaran keseluruhan

ESCAPE Penang adalah satu tarikan utama di Pulau Pinang. Taman ini menawarkan gabungan aktiviti luar yang mendebarkan dan pengalaman memacu adrenalin di tengah-tengah kehijauan semula jadi. Terletak hanya 30 minit dari George Town, ESCAPE Penang adalah tempat untuk mereka yang mencari keseronokan dan aktiviti lasak, menjadikannya sebuh destinasi luar dari kesibukan bandar.

Dengan pelbagai aktiviti mesra untuk semua golongan, ESCAPE Penang adalah tempat yang sesuai untuk mengeratkan hubungan bersama rakan, keluarga, atau rakan sekerja semasa sesi team building! Terletak di dalam hutan yang tenang di Teluk Bahang, tempat ini lebih daripada sekadar taman tema, ia adalah syurga untuk peminat aktiviti luar yang ingingkan suasana semula jadi.

Apa yang Menanti Anda di ESCAPE Penang

  1. ESCAPE Penang mempunyai lebih daripada 35 tarikan dan aktiviti mendebarkan, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk semua—daripada keluarga yang mencari hari yang menyeronokkan hingga pencinta adrenalin yang mengejar cabaran seterusnya. Aktiviti di sini direka untuk semua peringkat umur dan kemampuan fizikal.
  2. Escape Penang memegang 4 Guinness World Record bagi gelongsor air tiub terpanjang (1,111m), zip coaster terpanjang (1,135m), tubby racer terpanjang (453.3m), serta rasai pengalaman dibasahi di bawah Baldi Tumpah Terbesar di Dunia.

Tarikan Menarik di ESCAPE Penang

  1. Monkey Business: Rasai laluan tali dan cabaran halangan serta lebih 111 cabaran dan zipline di sekitar kawasan hutan.
  2. Chairlift: Naik ke Gravityplay dengan menaiki Chairlift
  3. Gravityplay: Rasai keseronokan aktiviti zipline, memanjat tembok batu, dan pelbagai aktiviti tinggi yang mencabar.
  4. Monkey School: Rintangan tali untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
  5. Flying Lemur: ESCAPE's zipline attraction spanning 150 metres where visitors can enjoy the bird's eye view of the park.
  6. Banana Flip: Meluncur ke kolam dengan cara yang mendebarkan
  7. Waterplay: Hilangkan kepenatan dengan gelongsor air yang mendebarkan dan kawasan percikan yang menyeronokkan.
  8. Adventureplay: Uji keupayaan anda di laluan rintangan mencabar dan labirin yang menguji kemahiran.
  9. Familyplay: Aktiviti mesra keluarga yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

Penat dengan aktiviti lasak? Segarkan diri anda di Waterplay, kawasan taman tema air. ESCAPE Penang menggalakkan pengunjung dari semua peringkat umur untuk berhubung dengan alam semula jadi melalui aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar yang akan menguji had kemampuan anda dan mengeratkan hubungan.

Sedia untuk memulakan pengembaraan ke Espace Penang? Tempah tiket ESCAPE Penang sekarang bersama Penangbook!


Escape Penang Pakej Tersedia

Basic Admission

Lihat Butiran

RM 202.40

RM 186.00

Tarikan

Null

Maklumat Tambahan

  • Dapatkan pengesahan segera selepas tempahan. Jika anda tidak menerima pengesahan tempahan, sila hubungi kami dengan segera.
  • Sila ambil perhatian bahawa kehilangan tiket anda adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya.
  • Escape Penang dibuka dari Isnin hingga Ahad, dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang.
  • Bawa pakaian renang yang sesuai, topi, cermin mata hitam, pelindung matahari, tuala, pakaian ganti, kasut sukan, dan pakaian ringan yang selesa untuk aktiviti sukan.
  • Pengunjung digalakkan untuk membaca Peraturan Taman yang jelas dipaparkan di pintu masuk taman dan dijangka mematuhinya. Kegagalan membaca Peraturan Taman tidak melepaskan tanggungjawab pengunjung.
  • Masuk percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Tiket kanak-kanak berumur 4-12 tahun mesti ditemani oleh seorang dewasa yang membayar.
  • Kami akan mengeluarkan tiket pada tarikh lawatan yang dipilih. Sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk memastikan proses penebusan berjalan lancar.

Tarikan Lain Yang Anda Mungkin Suka