15 Tempat Menarik di Pulau Pinang 2026

 Things to do in Penang
Diterbit oleh Preciuos on 24 Jan 2025

Tiada yang lebih menggembirakan daripada bercuti bersama keluarga ke destinasi seperti Pulau Pinang! Jika anda mencari makanan sedap, meneroka budaya unik, dan mengagumi keindahan alam, Pulau Pinang adalah destinasi ideal untuk melancong bersama keluarga. Terdapat pelbagai tarikan dan tempat menarik di Pulau Pinang. Berikut adalah beberapa cadangan kami:

1. Entopia by Penang Butterfly Farm

tempat menarik di pulau pinang entopia butterfly farm

Terletak di Teluk Bahang, Entopia adalah salah satu tarikan menarik di Pulau Pinang untuk keluarga yang ingin dikelilingi alam semula jadi. Lebih 15,000 rama-rama dari lebih 60 spesies berterbangan di sekitar taman ini. Di sebalik itu, kanak-kanak juga boleh menyertai bengkel pendidikan untuk mempelajari lebih lanjut mengenai seranggan, rama-rama dan hidupan reptila serta fungsi mereka dalam ekosistem kehidupan. Selain itu, terdapat pelbagai hidupan lain seperti lipan dan serangga rantin, dan banyak lagi untuk diterokai. 

Alamat: 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang

Tempah tiket Entopia Penang di Penangbook hari ini.

 

2. Kek Lok Si Temple

tempat mnarik di Pulau Pinang Kek Lok Si Temple

Sumber: https://hotel.burmahtel.com/event/kek-lok-si-temple/

Kuil Kek Lok Si adalah tarikan wajib di Pulau Pinang kerana kuil ini dikenali sebagai kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara. Saksikan infrastruktur Pagoda Rama VI yang dibina tujuh tingkat dan patung Dewi Kuan Yin setinggi 82.7 meter. Anda mungkin perlu mendaki beberapa anak tangga untuk ke puncak untuk mendapatkan pemandangan yang terbaik, tetapi sebagai alternatif, anda juga boleh menaiki tram dengan bayaran tambahan.

Alamat: Jalan Balik Pulau, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 8.30 pagi hingga 5.30 petang

 

3. ESCAPE Penang

tempat menarik di Pulau Pinang ESCAPE Penang

Source: https://www.escape.my 

Untuk mereka yang mencari tarikan lebih mencabar di Pulau Pinang, anda tidak boleh melepaskan peluang melawat ESCAPE Penang! Taman eco-pengembaraan ini menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur, seperti gelongsor air terpanjang di Malaysia dan flying fox. Terdapat juga tunggangan khas untuk kanak-kanak seperti memanjat pokok.

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 6 petang

Tempah tiket ESCAPE Penang di Penangbook hari ini.

 

4. Pinang Peranakan Mansion

tempat menarik di Pulau Pinang Pinang Peranakan Mansion

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Pinang_Peranakan_Mansion

Pinang Peranakan Mansion adalah sebuah muzium yang mempamerkan warisan Peranakan Pulau Pinang. Muzium ini juga dikenali sebagai Cina Selat. Di sini anda boleh melihat pelbagai barangan bersejarah dan antik, berseni, barang kemas, dan banyak lagi. Kanak-kanak boleh mempelajari tentang budaya di Pulau Pinang dan membeli cenderamata seperti mainan.

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9.30 pagi hingga 5 petang

Baca lebih lanjut 10 Muzium Terbaik di Pulau Pinang

5. Tech Dome Penang

tempat menarik di Penang Tech Dome Penang

Anda patut memasukkan Tech Dome Penang dalam jadual perjalanan anda di Pulau Pinang jika anda meminati sains dan teknologi. Tarikan ini mempamerkan lebih daripada 120 pameran yang meliputi topik seperti tenaga boleh diperbaharui, robotik, dan banyak lagi. Kanak-kanak pasti suka pengalaman berlungsur di G-Drop Slide, gelongsor menegak pertama di dunia.

Alamat: Aras 4 & 5, KOMTAR, Geodesic Dome, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 7 petang

Tempah tiket Tech Dome Penang di Penangbook hari ini.

 

6. The Habitat Penang Hill

tarikan menarik di Penang  The Habitat Penang Hill

Hayati keindahan alam semula jadi di The Habitat Penang Hill, di mana anda boleh berjalan di atas laluan kanopi, mengagumi kehijauan dari platform atas pokok, dan melihat pelbagai flora serta fauna. Di tarikan ini, anda juga boleh melihat pelbagai spesies rama-rama, tumbuhan, dan pelbagai jenis spesis burung di sekitar Bukit Bendera. Jika anda tidak boleh berjalan jauh, anda boleh menaiki buggy secara percuma, sesuai untuk warga emas dan orang kurang upaya. 

Alamat: C7G9+69, Bukit Bendera, 11300 Bukit Bendera, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 9 malam

Tempah tiket The Habitat Penang Hill di Penangbook hari ini.

 

7. Tropical Spice Garden

tempat menarik di Pulau Pinang Tropical Spice Garden

Terletak di Teluk Bahang, Tropical Spice Garden adalah tarikan wajib untuk pencinta alam semula jadi di Pulau Pinang, dengan lebih daripada 500 spesies tumbuhan, herba, dan rempah ratus untuk diterokai. Ambil gambar yang menarik di buaian buluh atau rehatkan kaki anda di kolam ikan. Melancong bersama keluarga pasti lebih seronok sambil mempelajari tentang pelbagai flora di Malaysia.

Alamat: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 4.30 petang. Jumaat hingga Ahad, 9 pagi hingga 6 petang

Tempah tiket Tropical Spice Garden di Penangbook hari ini.

 

8. The Top Penang

 tempat menarik di Pulau Pinang The Top Penang

Sumber: https://www.thetoppenangtickets.com/

The Top Penang adalah tarikan sesuai untuk semua peringkat umur, dengan banyak aktiviti menyeronokkan. Anda boleh membawa kanak-kanak melawat Jurassic Research Centre untuk pengembaraan dinosaur atau ke akuarium untuk mempelajari hidupan marin. Cabar diri anda berjalan di Rainbow Skywalk, laluan kaca terbuka di tingkat 68, untuk menikmati pemandangan bandar Pulau Pinang yang di bawah kaca lutsinar.

Alamat: 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad hingga Isnin, 10 pagi hingga 10 malam. Selasa, 10 pagi hingga 7 malam

Beli tiket The Top Penang hari ini!

 

9. Batu Ferringhi 

tempat menarik di Pulau Pinang Batu Ferringhi Beach

Sumber: Batu Ferringhi Beach

Percutian di Pulau Pinang tidak lengkap tanpa melawat Batu Ferringhi. Kanak-kanak boleh berseronok membina istana pasir, dan jika mereka cukup besar, mereka boleh mencuba sukan air seperti jet ski atau menaiki banana boat. Jangan lupa untuk menyaksikan matahari terbenam yang indah di pantai ini sambil makan-makan di restoran dan gerai berdekatan!

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang

Baca: 10 Aktiviti Menarik di Batu Ferringhi, Penang

 

10. Penang Street Art

tempat terbaik di Pulau Pinang Penang Street Art

Sumber: Penang Street Art

Tiada yang menggambarkan budaya dan gaya hidup orang Penang lebih baik daripada Penang Street Art! Mural-mural ini memaparkan sejarah dan seni unik di Pulau Pinang, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk menangkap gambar estetik. Mural paling popular ialah ‘Kids on Bicycle’, jadi pastikan anda mengambil gambar bersama keluarga di sini dan menghargai jasa artis-artis tempatan yang mencurahkan karya yang cantik untuk menghias sejarah di Pulau Pinang!

Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

11. Kampung Agong 

tempat best penang kampung agong

Source: Farzana

Kampung Agong ialah taman agro-pelancongan yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang. Tarikan ini menawarkan pengalaman nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisional di tengah-tengah sawah padi hijau dan kebun kelapa. Ia menjadi destinasi tenang untuk pengunjung untuk lari dari kesibukan bandar.

Terletak di kampung Bakar Kapor, kira-kira 14 km dari jeti Butterworth atau 50 minit pemanduan dari Jambatan Pulau Pinang, kawasan seluas 15 ekar ini terbahagi kepada tiga zon dengan rumah papan tradisional bertiang tinggi, gudang padi dan laluan indah. Ia dibangunkan sejak 1942 oleh penduduk tempatan bernama Agong. Anda boleh bergambar dia antara spot popular di Kampung Agong termasuk sarang burung gergasi, buaian kayu, piano putih besar di tepi sawah (terbaik pada waktu matahari terbenam) dan kolam teratai. Hiasan bertema kelapa serta alatan pertanian vintage menambah aura kampung yang asli.

Selain dari bergambar, pelawat boleh merasai aktiviti menunggang kuda, berbasikal, menaiki tram, memetik kelapa, memancing serta pengalaman budaya seperti anyam daun kelapa. Kampung Agong ialah destinasi mesra keluarga dan dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang; tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5.

Address: 841, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Pulau Pinang

 

12. Penang Bird Park

tempat menarik penang taman burung

Source: Nathan (Penang Bird Park)

Kalau anda sedang cari aktiviti untuk diluang bersama keluarga, Penang Bird Park di Seberang Jaya ialah antara pilihan penduduk di Penang. Beroperasi sejak 1988, taman burung seluas lebih kurang 5 ekar ini termasuk dalam senarai taman burung terawal dan terbesar di Malaysia.Terdapat lebih 300 spesies dari dalam dan luar negara, dengan ribuan ekor burung ditempatkan dalam kawasan pameran yang direka menyerupai habitat semula jadi mereka. Yang paling menarik ialah konsep walk-in aviary atau ruang pameran terbuka, di mana anda boleh masuk terus ke dalam dan rasa lebih dekat dengan burung-burung yang berlegar bebas di sekeliling anda.

Address: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang

13. Penang River Cruise

tempat best penang river cruise

Kalau anda nak sesuatu yang lain daripada biasa untuk pengalaman di Pulau Pinang, Penang River Cruise di Auto-City Juru boleh jadi pilihan yang menarik. Mula beroperasi pada 2025, aktiviti eko-pelancongan ini membawa pengunjung menyusuri Sungai Juru dalam perjalanan lebih kurang dua jam. Laluan sejauh kira-kira 15km ini bukan sekadar menyusur sungai biasa — ia merentasi hutan paya bakau, kampung nelayan tradisional, ladang akuakultur kerang dan kupang, serta kawasan sawah padi dengan latar belakang Bukit Juru yang menghijau. Di penghujung laluan, pemandangan Jambatan Pulau Pinang Pertama dan Kedua terbentang luas dari mulut sungai.

Yang buatkan pengalaman ini terasa istimewa ialah hidupan liar yang boleh dijumpai sepanjang perjalanan — monyet daun perak, tupai hitam gergasi, pelbagai spesies burung seperti helang dan belatuk, sehinggalah reptilia seperti biawak dan ular bakau yang jarang dilihat. Fenomena Cermin Langit turut menjadi daya tarikan tersendiri — apabila permukaan sungai yang tenang memantulkan pokok, rumah tepi sungai dan langit

Selain menikmati pemandangan, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti interaktif seperti menangkap ketam, memancing, dan mengutip kerang di sepanjang laluan — pengalaman yang sesuai untuk keluarga, terutama kanak-kanak yang jarang terdedah kepada cara hidup komuniti nelayan.

Address: 1938-B River Park Jalan Perusahaan Auto City, Bandar Perai Jaya, 13600, Pulau Pinang

14. Akuarium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR)

tempat menarik penang akuarium

Source: Sudeepa (AkuaTAR)

Kalau anda nak aktiviti yang santai, berbaloi, dan sesuai untuk semua peringkat umur, AkuaTAR di Batu Maung ni memang patut masuk dalam senarai. Harga tiket yang sangat berpatutan dah cukup jadi sebab untuk singgah. Di dalam, anda boleh menjelajah pelbagai ekosistem akuatik dari terumbu karang yang penuh warna hingga spesies air tawar tempatan. Tapi highlight yang paling ramai orang sebut ialah dewan auditorium dengan tangki gergasi berkapasiti 120 tan, di mana anda boleh duduk santai sambil tengok ikan-ikan besar berenang di depan mata. Rasanya lebih seperti menonton dalam pawagam bawah laut.

Satu lagi yang tak ramai jangka — rangka ikan paus Bryde sepanjang 40 kaki yang dipamerkan di sini. Bukan sekadar hiasan, rangka ini bawa sejarahnya tersendiri yang hanya dengan hanya melawat ke sini sahaja anda boleh tahu. 

Address: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

15. Up Side Down Museum

tempat menarik penang up side down museum penang

Source: Ayo Cordova

Upside Down Museum di Lebuh Kimberley ni konsepnya mudah tapi hasilnya memang menguja: semua benda dalam bangunan ini dipasang terbalik, dari perabot hingga dapur, bilik tidur, kedai kopi, sampai ke replika warisan Penang. Yang menariknya, ini bukan sekadar tengok dan berlalu. Anda perlu berposing dengan sudut yang betul supaya gambar yang terhasil nampak seperti anda yang terbalik — bukan barang-barangnya. Hasilnya? Gambar yang confirm buat orang tercengang bila scroll feed Instagram. Staff pun memang sedia membantu ambil gambar dan tunjukkan cara posing yang paling berkesan. Sesuai sangat kalau nak selit dalam itinerary jalan-jalan George Town

Address: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

 

Mari Melawat Pulau Pinang Bersama PenangBook!

Tidak diragukan lagi, Pulau Pinang menawarkan pelbagai tarikan dan makanan untuk mereka yang mencari percutian yang menyeronokkan dan santai. Untuk menjadikan percutian anda lebih mudah diingati, sewa kereta di Pulau Pinang bersama Penangbook untuk melawat semua tarikan menarik di Pulau Pinang ini! Dengan cara ini, anda boleh menikmati percutian tanpa perlu risau tentang masalah pengangkutan!

 

Featured Post


Artikel Terkini

Things to do in Penang
19 Oct 2025

Things to do in Penang
15 Apr 2025